Monday 1 December 2014

Contoh Ayat

Contoh ayat menggunakan kata adjektif.
Lihatlah contoh-contoh ayat berdasarkan setiap jenis kata adjektif di bawah:

1. Kata Adjektif Sifatan/Keadaan
a. Budak baik selalu dipuji.
b. Orang itu curiga terhadap kejujuran kita.
c. Anak guru itu amat cerdik.
d. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya.
e. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan gopoh.
f. Kesemua ahli pasukan itu lemah.
g. Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya amat kasar.
h. Pegawai tentera itu sungguh berani.
i. Murid-murid itu amat takut akan anjing garang itu.
j. Pelatih-pelatih baharu itu cukup sihat.

2. Kata Adjektif Ukuran
a. Baju merah itu kepunyaanku.
b. Tubuhnya diselimuti kain putih.
c. Warna biru kegemaran ibu.
d. Daun-daun hijau tiada lagi di pokok itu.
e. Warna perang tidak begitu digemari orang.
f. Warna pakaian seragam kami ungu.
g. Ayah suka bersongkok kelabu.
h. Ayam jantan itu berbulu hitam.
i. Warna kuning warna diraja.
j. Selendang kakak berwarna jingga.

3. Kata Adjektif Ukuran
a. Jambatan panjang itu baru didirikan.
b. Pahlawan itu sentiasa berkeris panjang ke mana-mana sahaja dia pergi.
c. Bilik kecil itu mudah diurus.
d. Ayahnya bertugas di Pejabat Pos Besar.
e. Ketua pasukan itu tinggi orangnya.
f. Anaknya masih belajar di sekolah rendah.
g. Orang Eskimo sentiasa berbaju tebal kerana iklim negeri itu sejuk.
h. Lukanya dibalut dengan kain nipis.
i. Orang kerdil itu sedang berlakon.
j. Pokok itu renek kerana kekurangan baja.

4. Kata Adjektif Bentuk
a. Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat.
b. Bola ragbi berbentuk lonjong.
c. Kotak hadiah itu empat segi bujur.
d. Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu.
e. Gasing leper kesayangannya telah pecah.
f. Jalan bengkok ke kota itu telah ditutup.
g. Garis lurus itu menembusi dua titik.
h. Perut Si Luncai buncit.

No comments:

Post a Comment